Thursday, 12 September 2019

Ayat suci Al Quran serta Doa

*Air Yang Telah Dibacakan Surah Yasin 7 Mubin , Ayat-Ayat Suci Al-Quran dan Doa-Doa kesembuhan sebagai salah satu ikhtiar merawat penyakit. 

1. Surah Al-Fatihah 
2. Surah Al-Baqarah ayat 1-5
3. Surah Al-Baqarah 102 (Pembatal Sihir Pemisah)
4. Surah Al-Baqarah 255 (Ayat Kursi 9 wakaf)
5. Surah Al-Baqarah ayat 284-286
6. Surah Al-Ikhlas 7x
7. Surah Al-Falaq 7x
8. Surah An-Nas 7x
9. Surah Al Hasyr Ayat 21-24
10. Surah Al-Mukminun Ayat 115-118
11. Surah Yasin 7 mubin
12. Surah Taha Ayat 1-5. (Pelembut Hati) 
13. Surah Taha Ayat 69. (Pembatal Sihir)
14. Surah Al-Anbiya Ayat 89 (doa utk hamil)
15. Surah Ali Imran Ayat 38 (doa utk hamil)
16. Asy-Syura Ayat 19. (Pelembut Hati)
17. Bismillah 5 
18. Selawat syifa 3x
19. Doa Penerang hati.
20. Doa penghilang kesakitan.  
21. Ruqyah jibril
22. Ayat pembatal sihir. 
23. Ayat penunduk sihir. 
24. Ayat pendinding drpd sihir. 
25. Ayat pendinding drpd syaitan. 
26. Ayat perlindungan drpd syaitan. 
27. Ruqyah nabawiyah. 
28. Doa menghindar syaitan. 
29. Doa menghindar hasutan syaitan. 
30. Doa menghindar gangguan syaitan. 
31. Zikirullah 1000x.
32. Solat Hajat





Cara Mengunakan Air Ini:-

*Minum duduk dengan mengunakan cawan.dimulakan dgn Bismillah dan selawat 3x. Boleh juga sapu ditempat yang sakit.  Awas jangan sampai terlangkah*

Nota

*Ini hanya salah satu ikhtiar, Jaga i’tiqad kita. Kebergantungan kita hanya pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT yang maha menyembuhkan. Insya Allah.*

*Saya tidak menjual ayat-ayat suci Al-Quran, hanya caj kos pengurusan air tersebut.*

Wednesday, 17 July 2019

Ayat kursi



Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Fadhilat Membaca Ayat Kursi
1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2.Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3.Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4.Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

5.Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

6.Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

7.Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

8.Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

9.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

10.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

11.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

12.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

13.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

14.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

15.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

16.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

17.Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.

18.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

19.Terdapat keterangan dalam kitab-kitab Asrarul Mufidah:Barang siapa mengamalkan membaca ayat Kursi,setiap kali membaca sebanyak 18 kali,insyaAllah dia akan hidup berjiwa Tauhid,dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat,dimudahkan rizkinya,dinaikkan martabatnya,diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya,dipeliharakan dari segala bencana dengan izin Allah SWT.

20.Syekh Abul ‘Abbas Al-Bunni menerangkan:”Siapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya,yaitu 50 kali,ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya,maka insyaAllah,Allah SWT mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada ilmu yang dipelajarinya
(terdapat dalam kitab Khazinatul Asrar).

21.Syekh Al-Bunni menerangkan:”Siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya,yaitu 170 huruf,maka insyaAllah,Allah SWT akan memberikan pertolongan pada hal dan menunaikan segala hajatnya dan melapangkan pikiran-pikirannya,diluaskan rizkinya,dihilangkan kedukaannya,dan diberikan apa yang dituntutnya.
(terdapat dalam tafsir Al-Qudsi).

22.Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur,maka Allah SWT mewakilkan kepada dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
Demikian sabda nabi Muhammad SAW dari Abi Qutadah.
Abdurrahman bin ‘Auf menerangkan:
Bahwa ia apabila masuk kerumahnya,dibacanya ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pendinding syaitan.
(terdapat dalam tafsir Al-Qudsi).

23.Syaikhul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan:
Bahwa siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam kemudian dawam (kontinyu) membacanya sampai 40 hari,maka demi Allah dan demi Rasulullah dan demi Al-Qur’an yang mulia,Allah akan membukakan baginya pandangan rohani,dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia.
(terdapat dalam kitab Khawasul Qur’an).

24.Bahwa siapa yang membaca 4 ayat pada permulaan suratul Baqarah dan ayat Kursi,ditambah 2 ayat setelah ayat Kursi kemudian ditutup dengan 3 ayat pada akhir suratul Baqarah,maka ia dan keluarganya tidak didekati syaitan,dan jika dibacakan pada orang gila,niscaya akan sembuh dengan seizin Allah SWT.
(terdapat dalam kitab itqan).

25.Siapa yang membaca ayat Kursi secara kontinyu setiap kali selesai sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali masuk kerumah dan kepasar,setiap kali masuk ketempat tidur dan pergi musafir,insyaAllah ia akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja kejam,diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahantan binatang2 yang memudharatkan.Terpelihara dirinya dan keluarganya,anak2nya,hartanya,rumahnya dari kecurian,kekaraman dan kebakaran.Didapatny keselamatan dan kesehatan jasmaninya dengan izin Allah SWT yg Hidup dan Berdiri Sendiri.

Monday, 10 June 2019

Salam syawal






Assalamualaikum dah lama paklang berehat di bulan mulia.skg di bulan syawal belom terlambat lagi paklang ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir Dan batin


Sunday, 24 February 2019

Ikhlas kerana ALLAH

Khidmat Rawatan Islam

Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit fizikal dan gangguan jin / sihir / santau / saka dan segala yang berkaitan dengan keduanya.

Bersedia menerima pesakit dari seluruh negara, jika ada saudara atau rakan yang sudah berikhtiar berubat di merata tempat tetapi tidak pulih boleh cuba ikhtiar / melakukan rawatan dengan saya, kita akan berikhtiar sebaik mungkin dan In shaa Allah dengan izin Allah semua gangguan yang dihadapi pesakit akan berkurangan....

*Tauhid rawat jarak jauh dan rawat hadir diri   ialah manusia hanya sebagai Tukang Doa /Tukang Ikhtiar dan Allah SWT jualah penyembuh segalanya

PETANDA UMUM GANGGUAN JIN

✔Sakit kepala/dada/tulang belakang/
     pinggang lepas asar keatas.

✔Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi,mimpi
     berada tempat kotor dan dikejar binatang
     hitam.

✔Bergaduh suami isteri hal remeh temeh.

✔Gagal melakukan hubungan kelamin.

✔Rindu bila berjauhan dan panas bila
     berdekatan.

✔Sikap berubah mendadak.

✔Sayang melampau/nafsu memuncak pada
     orang yang baru dikenali.

✔Kerap terjaga dari tidur.

✔Sukar lelapkan mata.

✔Perasaan ingin keluar dari agama.

✔Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal.

✔Badan gatal merenyam lepas asar keatas.

*CARA RAWATAN* :

1. Pertemuan
- Pesakit berjumpa dengan perawat.

2. Rawatan Jarak Jauh
- Pesakit tidak perlu berjumpa perawat

Nak berubat , tapi…...

– Jauh nak drive?
-  Tambang kapal terbang mahal?
– Petrol yang mahal?
– Tiada pengangkutan?
– Busy kerja, jadi tak ada masa?
– Pesakit tak nak datang berubat?
– Berjauhan dengan pesakit?
– Pesakit tak boleh bergerak?

** Rawatan boleh dibuat dengan pengetahuan pesakit ataupun tanpa pengetahuan pesakit **

#RAWAT HADIR DIRI

- Rawatan yang biasa kami jalankan di pusat rawatan adalah berdasarkan TEMUJANJI, dan boleh ke rumah pesakit sekiranya pesakit mempunyai masalah yang agak kritikal untuk melakukan / datang ke pusat rawatan di tempat kami ( ikut syarat ) .

** SILA BUAT TEMUJANJI SEBELUM HADIR **

#Rawat Jarak Jauh / Tanpa Hadir Diri

Selain rawatan berhadapan, kami juga boleh merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah gangguan seperti sihir & saka. Iaitu rawat jarak jauh / tanpa hadirkan diri atas sebab sebab tertentu.
Samada melalui panggilan telefon / whatsapp

** WHATSAPP UTK DAPATKAN RAWATAN **

Bebas Dari Unsur Khurafat

- Semua kaedah yang kami gunakan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

- Hanya menggunakan kekuatan dari Solat Hajat,  Ayat Al Quran & Doa Pilihan.

- Tiada Jampi / Mantera yang tidak difahami.

- Tiada kemenyan

- Tiada barangan khusus yang digunakan ketika merawat.

* Kami merawat dengan tangan yang kosong *
          *** Segalanya dengan izin Allah ***
                         *** In shaa Allah ***

                   Dapatkan appointment :
         

              ☎️  Number dia atas




Wednesday, 9 January 2019

Surah Al fatihah penawar segala penyakit

Surah al-fatihah penawar segala penyakit
Hadrat Abd ul-Malik bin Umar r.a meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulullah saw bersabda. ‘Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)




Keterangan
Kelebihan-kelebihan surah al-Fatihah terdapat dalam banyak hadis. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa seorang sahabat sedang mengerjakan solah sunat. Rasulullah saw telah memanggilnya. Oleh kerana beliau sedang bersolah maka beliau tidak menyahut. Setelah menyempurnakan solah, beliau pun pergi menemui Rasulullah saw, maka baginda saw bertanya, “kenapa kamu tidak menjawab panggilan ku?” beliau telah memberi alasan bahawa pada ketika itu beliau sedang bersolah. Rasulullah saw bertanya,”Adakah kamu tidak membaca ayat al-Quran?”

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ

“Wahai orang yang beriman sahutlah pangggilan Allah swt dan rasul-nya apabila mereka memanggil.” (al-Anfal: 24)

Seterusnya Rasulullah saw bersabda, ” Saya ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Sab Masani dan mewakili keseluruhan al-Quran yang agung.” telah diriwayatkan oleh sesetengah ahli sufi bahawa segala yang terkandung dalam kitab-kitab Allah swt yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan segala isi kandungan al-Quran terdapat dalam surah al-Fatihah dan apa-apa terkandung dalam dalam surah al-Fatihah  terdapat dalam Bismillah dan apa-apa yang terkandung dalam bismillah adalah terdapat pada huruf pertama iaitu ‘ب’ (ba). Diterangkan dalam tafsiran bahawa huruf ‘ب’ (ba) disini bertugas sebagai penemu, iaitu huruf ‘ب’ (ba) memutuskan hubungan seseorang hamba dengan segala perkara lain dan menemukannya dengan Allah swt. Sebahagian ulama menambah lagi keterangan ini dengan pendapat bahawa apa-apa yang terdapat dalam huruf ‘ب’ (ba) terkandung dalam titik pada ‘ب’ (ba) itu, yakni titik wahdaniyah. Dalam istilah tasawwuf, titik wahdaniyah membawa makna sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi.

Sesetengah ulama telah dinukilkan berkata bahawa dalam ayat



terkandung segala hajat dunia mahupun agama. Rasulullah saw diberitakan telah bersabda dalam satu hadis, ” Demi zat yang nyawaku dalam genggaman-Nya, tidak ada satu surah pun yang seumpama ini pernah diturunkan sama ada dalam Taurat, Injil, Zabur atau bahagian yang lain dalam al-Quran”

Para masyaikh mengatakan bahawa membaca surah al-Fatihah dengan penuh kepercayaan dan keyakinan akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau penyakit batin. Al-Fatihah yang ditulis dan dijadikan sebagai tangkal dan juga menjilat al-Fatihah yang ditulis adalah berfaedah bagi mengubati penyakit. Terdapat dalam kitab ‘sihah’ (kitab-kitab hadis yang sahih) bahawa para sahabat r.a pernah membaca surah al-Fatihah dan menghembuskan ke atas orang yang dipatuk ular atau disengat kalajengking, orang yang terkena sawan dan orang gila dan Rasulullah saw sendiri mengharuskan perbuatan ini.

Dalam satu riwayat diberitakan bahawa Rasulullah saw pernah membaca surah ini lalu menghembuskan kepada sayyidina Sa’ib bin Yazid r.a dan Baginda saw membaca dan menyapu dengan air liurnya pada tempat sakit itu. Menurut Hadis yang lain dikatakan bahawa sesiapa yang berbaring dengan niat tidur dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas kemudian menghembus ke atas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan daripada segala bahaya melainkan maut.

Menurut riwayat yang lain, surah al-Fatihah menyamai pahala membaca dua pertiga daripada al-Quran. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah saw bersabda, “Daku telah diberi empat perkara daripada khazanah ‘Arasy’ yang istimewa. Sebelum ini tiada sesiapa pun yang menerima apa-apa daripada khazanah tersebut.

1) surah al-Fatihah,

2) ayat Kursi,

3) ayat-ayat akhir daripada surah al-Baqarah dan,

4) surah al-Kausar.”

Hadrat Hasan Basri r.h meriwayatkan satu sabdaan Rasulullah saw yang berbunyi, “Seorang yang membaca surah al-Fatihah adalah seumpama seorang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang mulia.”

Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Iblis meraung-raung sambil melumur seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat peristiwa: pertama apabila dia dilaknat, kedua apabila dia dicampak keluar dari syurga ke dunia, ketiga apabila Nabi Muhammad saw dianugerahkan dengan kenabian dan keempat apabila surah al-Fatihah diturunkan.

Diberitakan daripada Hadrat Sya’bi r.h, bahawa pada satu ketika seorang datang kepadanya dan mengadu tentang buah pinggang nya yang sakit. Hadrat Sya’bi r.h menasihatinya supaya membaca surah Asas al-Quran dan menghembuskan pada tempat yang sakit. apabila ditanya makna Asas al-Quran? Hadrat Sya’bi r.h menjawab, “surah al-Fatihah.” Ditulis bahwa antara amalan para masyaikh yang mujarab ialah surah al-Fatihah dan surah ini juga sebagai ism ul-A’zam yang sepatutnya dibaca untuk memohon apa-apa hajat. Terdapat dua cara pembacaan surah al-Fatihah.

Pertama, membaca surah al-Fatihah di antara solah sunat dan solah fardu subuh sebanyak empat puluh satu kali (41 x) selama empat puluh (40) hari. Huruf ‘م’ (mim) dalam Bismillah hendaklah dibaca bersambung dengan ‘ل’ (lam) dalam Alhamdulillah. Segala hajat insya Allah akan tertunai. Sekiranya menghadapi apa-apa penyakit atau terkena sihir hendaklah membaca surah ini dan menghembuskan ke dalam air lalu diminum.

Cara kedua ialah dengan membaca surah ini sebanyak tujuh kali (70 x) di antara solah sunat dan fardu subuh pada hari Ahad yang pertama pada permulaan bulan Islam. Pembacaan cara ini tidak perlu disambung ‘م’ (mim) Bismillah dengan ‘ل’ (lam) Alhamdulillah. Selepas itu perlu dibaca pada waktu yang sama dengan bilangan bacaan dikurangkan sebanyak sepujuh kali (10 x) pada setiap hari sehingga hari ketujuh. Sekiranya hajat seseorang telah tertunai pada bulan pertama maka bertuahlah orang itu. Sekiranya tidak maka hendaklah diulangi dengan melakukan amalan yang sama pada bulan kedua dan ketiga.

Surah ini juga ditulis pada pinggan tembikar dengan menggunakan air mawar yang dicampur kasturi atau za’faran (koma-koma), kemudian tulisan itu dilarutkan dengan air lalu diminum oleh pesakit selama empat puluh hari (40). Ini adalah cara pengubatan yang mujarab kepada seorang pesakit yang telah lama menderita suatu penyakit.

Membaca surah ini sebanyak tujuh kali (7 x) dan menghembuskan kepada pesakit juga merupakan salah satu cara pengubatan bagi sakit gigi, pening kepala dan sakit perut. (Semua perkara ini secara ringkasnya dipetik daripada kitab Mazahir ul-Haq.)

Dalam kitab Sahih Muslim terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina ‘Abdullah bin Abbas r.a bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw sedang duduk bersama kami. Baginda saw bersabda, “Di langit telah dibukakan satu pintu yang belum pernah dibuka sebelum ini. Dari pintu itu turun satu malaikat yang belum pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepada ku, “Terimalah satu berita gembira mengenai dua nur yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum ini, pertama ialah surah al-Fatihah dan kedua ialah tiga ayat terakhir daripada surah al-Baqarah.” Kedua-dua ini disebut sebagai nur kerana pada hari kiamat kedua-dua ini akan berada di hadapan pembaca ayat-ayat itu (menerangi jalan mereka.)