Saturday, 10 November 2018

(Surah al-Jin: 6)

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-189 : HUKUM BERUBAT DENGAN PERAWAT ISLAM DAN MEMINTA PERTOLONGAN JIN
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-189 : HUKUM BERUBAT DENGAN PERAWAT ISLAM DAN MEMINTA PERTOLONGAN JIN



Soalan:

Apakah hukum berubat dengan “perawat Islam” dan hukum meminta pertolongan dengan jin?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

Isu yang pertama kami cuba bawakan pandangan-pandangan ulama yang berkaitan dengan ruang lingkup perawatan bagi “perawat Islam”. Dalam konteks perubatan alternatif di Malaysia perawat Islam lebih dikenali sebagai seorang yang mengamalkan ruqyah dan terlibat dengan perubatan alternatif atau komplementatif iaitu pelengkap kepada perubatan moden.

Syeikh Jibrin dalam Fatawanya daripada kitab al-Lu’lu al-Makin menyebut:

“Sebenarnya dibolehkan menggunakan ruqyah bagi sesiapa yang baik bacaannya, memahami maknanya, mempunyai akidah yang betul dan melakukan amal perbuatan yang baik serta mempunyai peribadi yang baik. Tidak disyaratkan kepada penjampi (perawat) untuk mengetahui semua permasalahan furu’ (cabang) di dalam masalah agama dan mempelajari ilmu secara mendalam. Hal ini berdasarkan kisah Abu Said yang menjampi orang yang telah sesat disengat binatang berbisa. Beliau berkata: “Kami tidak pernah mengetahui (surah al-Fatihah) sebagai ayat untuk menjampi atau seperti yang termaktub di dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Orang yang menjampi mestilah mempunyai niat yang baik dan bertujuan untuk memberikan manfaat kepada orang Islam serta tidak bercita-cita untuk memperolehi harta dan ganjaran agar jampi yang dibaca itu lebih berkesan.” Lihat al-Lu’lu al-Makin (22).

Adapun jika perawat Islam melakukan proses perubatan dengan menjampi pesakit seperti ruqyah atau sebagainya, maka perlulah menuruti syarat-syarat dalam menjampi. Ini kerana untuk membezakan antara ruqyah yang menepati sunnah dengan ruqyah yang bercanggah dengan sunnah:

Kami bawakan di sini tiga syarat yang disebut oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya al-Fath al-Bari, Antaranya menyebut:

“Para ulama telah sepakat tentang kebolehan membuat rawatan jika mengikuti tiga syarat ini:

Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan firman Allah SWT atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan bahasa arab atau sesuatu bahasa selain bahasa arab yang difahami maknanya.
Menyakini bahawa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya tetapi hanyalah dengan izin Allah SWT.
Lihat al-Fath al-Bari (10/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ada menyebut di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa:

“Adapun mengubati orang yang dirasuk jin dengan menggunakan ruqyah dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT hendaklah memiliki dua perkara ini:

Jika ruqyah dan permohonan perlindungan diri ini difahami maknanya, atau merupakan kalimah-kalimah yang dibolehkan dalam Islam, atau berupa doa dan zikir kepada Allah SWT, maka ruqyah tersebut boleh dilakukan. Jika demikian keadaannya, maka boleh membuat rawatan terhadap orang yang dirasuk dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT.
Dalam hadis sahih yang berasal daripada Nabi SAW disebutkan bahawa Nabi SAW membolehkan untuk meruqyah selama mana ianya tidak mengandungi amalan syirik. Baginda SAW juga bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah.”

Jika dalam membuat rawatan itu terdapat ungkapan-ungkapan yang diharamkan seperti ungkapan yang mengandungi amalan syirik atau tidak diketahui maknanya dan berkemungkinan mengandungi kekufuran, maka tidak harus membuat rawatan dengannya, tidak boleh berkeinginan dan tidak boleh pula bersumpah untuk menggunakan kalimah tersebut walaupun kadang-kadang dengan menggunakan kalimah tersebut dapat menghalau jin keluar dari tubuh orang yang dirasuk. Ini kerana apa-apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya lebih besar mudaratnya berbanding manfaatnya.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga berkata sebagaimana yang disebut di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa (19/13): “Oleh itu, para ulama kaum muslimin melarang membuat rawatan dengan sesuatu yang tidak diketahui maknanya kerana ia dapat menjadi punca terjatuhnya seseorang ke dalam lembah amalan syirik walaupun pengruqyah (perawat) tidak menyedarinya.”

Imam al-Nawawi juga ada menyebut di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim (14/141-142):

“Hendaklah meninggalkan ruqyah jika ruqyah yang dibaca berasal daripada ucapan-ucapan orang kafir, membuat rawatan dengan kalimah-kalimah asing, merawat dengan bacaan selain bahasa arab yang tidak diketahui maknanya. Semua itu tercela kerana ada kemungkinan maknanya adalah kekufuran, mendekati kekufuran atau makruh.

Adapun membuat rawatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir yang difahami tidaklah dilarang, bahkan merupakan amalan yang sunnah. Para ulama telah menukilkan sebagai ijma’ tentang kebolehan membuat rawatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir kepada Allah SWT.”

Imam Syauqani berkata: “Bahawa harus meruqyah dengan kitab Allah SWT, dan diikuti dengan zikir dan doa-doa yang ma’thur, boleh juga doa yang tidak ma’thur selagi mana tidak bertentangan dengan yang ma’thur.” Lihat Nail al-Autar (10/440)

Kami juga berpandangan adalah perlu dan seharusnya bagi seorang yang bergelar perawat Islam adalah orang yang sahih dan betul akidahnya, baik akhlaknya, tidak melakukan dosa-dosa besar atau kecil berterusan sehingga menjatuhkan maruah sebagai seorang perawat serta tidak melakukan kesyirikan kepada Allah SWT dan tidak menjadikan khidmat rawatan Islam sebagai sumber rezeki dan seumpamanya.

Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka jelaslah menggunakan khidmat rawatan daripada perawat Islam hukumnya adalah harus jika sekiranya perawat Islam menggunakan bacaan jampi atau ruqyah dalam perawatannya, maka hendaklah menepati seperti apa yang telah disebutkan di atas dan tidak melanggar syarat-syarat dan prinsip-prinsip dalam perubatan ruqyah dan perbuatan alternatif Islam.

Isu yang kedua ialah berkaitan hukum meminta bantuan pertolongan daripada jin.

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili pernah ditanya: “Adakah harus meminta pertolongan dengan jin muslim? Dan apakah hukum meminta pertolongan dengan jin muslim untuk berkhidmat kepada orang Islam? Dan Apakah hukum meminta pertolongan dengan jin secara umum? Maka Syeikh menjawab: “Haram meminta pertolongan dengan jin walau dalam apa keadaannya sekalipun. Dan perkara ini adalah tercela secara syara’. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(Surah al-Jin: 6)

Lihat Maqalah Syeikh Dr Abdul Qader bin Muhammad al-Ghamidi bertajuk Hukm al-Isti’anah bi al-Jin fi al-Mubahat (Hukum Meminta Pertolongan Dengan Jin Dalam Perkara Yang Harus).

Sebuah institusi fatwa iaitu Lajnah Daimah ada menjawab di dalam fatwanya apabila ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum meminta bantuan jin:

“Tidak boleh bagi orang itu meminta bantuan jin, dan muslim tidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui perantara jin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut. Perawatan melalui doktor yang menggunakan ubat yang diperbolehkan merupakan usaha yang harus dilakukan dan ini selamat dari pembomohan. Dalam riwayat sahih daripada Rasulullah SAW bahawasanya beliau bersabda:   “Sesiapa mendatangi bomoh kemudian menanyakan sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama empat puluh malam. Diriwayatkan daripada Muslim dalam kitab Sahihnya. Para perawi hadis yang empat (Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah) dan Hakim -- dan yang terakhir ini mengatakan hadis ini sahih -- meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mendatangi bomoh (ahli sihir) kemudian membenarkan perkataannya, maka ia telah kufur (ingkar) terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad. Lelaki ini dan kawan-kawannya daripada kalangan bangsa jin termasuk dalam golongan tukang ramal dan bomoh, maka mereka tidak boleh diminta bantuan dan tidak boleh dipercayai ucapannya.”

Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkan meminta pertolongan dengan jin.

Semoga dengan pencerahan ini kita dikurniakan oleh Allah SWT kefahaman dan penjagaan daripada-Nya dari segala keburukkan manusia dan selainnya. Amiin.

Sunday, 14 October 2018

Dengan izin Allah

Assalamualaikum w.b.t.. dgn nama ALLAH yg Maha pengasih lg Maha penyayang, sy dgn rendah diri membuka pusat perubatan islam secara terbuka bg sesiapa shj yg memerlukan rawatan seperti..

* Sihir
* Santau
* Saka
* Gangguan makhluk halus
* Seri muka / pemanis
* ilmu hitam
* Pendinding diri
* Pelaris
* Susuk ( pembuangan shj)
* Penyakit Misteri
* Scan diri / foto
* Mandi Bunga
* Histeria
* Badi
* Perubatan Jarak Jauh
* Pagar rumah/ kedai
* Mslh rumah tangga / Anak degil
* DLL in shaa Allah dgn izin Allah

Wednesday, 5 September 2018

Rawatan jarak jauh

Khidmat Rawatan Islam

Menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit fizikal dan gangguan jin / sihir / santau / saka dan segala yang berkaitan dengan keduanya.

Bersedia menerima pesakit dari seluruh negara, jika ada saudara atau rakan yang sudah berikhtiar berubat di merata tempat tetapi tidak pulih boleh cuba ikhtiar / melakukan rawatan dengan saya, kita akan berikhtiar sebaik mungkin dan In shaa Allah dengan izin Allah semua gangguan yang dihadapi pesakit akan berkurangan....

*Tauhid rawat jarak jauh dan rawat hadir diri   ialah manusia hanya sebagai Tukang Doa /Tukang Ikhtiar dan Allah SWT jualah penyembuh segalanya

PETANDA UMUM GANGGUAN JIN

✔Sakit kepala/dada/tulang belakang/
    pinggang lepas asar keatas.

✔Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi,mimpi
    berada tempat kotor dan dikejar binatang
    hitam.

✔Bergaduh suami isteri hal remeh temeh.

✔Gagal melakukan hubungan kelamin.

✔Rindu bila berjauhan dan panas bila
    berdekatan.

✔Sikap berubah mendadak.

✔Sayang melampau/nafsu memuncak pada
    orang yang baru dikenali.

✔Kerap terjaga dari tidur.

✔Sukar lelapkan mata.

✔Perasaan ingin keluar dari agama.

✔Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal.

✔Badan gatal merenyam lepas asar keatas.

*CARA RAWATAN* :

1. Pertemuan
- Pesakit berjumpa dengan perawat.

2. Rawatan Jarak Jauh
- Pesakit tidak perlu berjumpa perawat

Nak berubat , tapi…...

– Jauh nak drive?
-  Tambang kapal terbang mahal?
– Petrol yang mahal?
– Tiada pengangkutan?
– Busy kerja, jadi tak ada masa?
– Pesakit tak nak datang berubat?
– Berjauhan dengan pesakit?
– Pesakit tak boleh bergerak?

** Rawatan boleh dibuat dengan pengetahuan pesakit ataupun tanpa pengetahuan pesakit **

#RAWAT HADIR DIRI

- Rawatan yang biasa kami jalankan di pusat rawatan adalah berdasarkan TEMUJANJI, dan boleh ke rumah pesakit sekiranya pesakit mempunyai masalah yang agak kritikal untuk melakukan / datang ke pusat rawatan di tempat kami ( ikut syarat ) .

** SILA BUAT TEMUJANJI SEBELUM HADIR **

#Rawat Jarak Jauh / Tanpa Hadir Diri

Selain rawatan berhadapan, kami juga boleh merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah gangguan seperti sihir & saka. Iaitu rawat jarak jauh / tanpa hadirkan diri atas sebab sebab tertentu.
Samada melalui panggilan telefon / whatsapp

** WHATSAPP UTK DAPATKAN RAWATAN **

Bebas Dari Unsur Khurafat

- Semua kaedah yang kami gunakan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

- Hanya menggunakan kekuatan dari Solat Hajat,  Ayat Al Quran & Doa Pilihan.

- Tiada Jampi / Mantera yang tidak difahami.

- Tiada kemenyan

- Tiada barangan khusus yang digunakan ketika merawat.

* Kami merawat dengan tangan yang kosong *  
         *** Segalanya dengan izin Allah ***
                        *** In shaa Allah ***

                  Dapatkan appointment :
         

             ☎️ Number dia atas




Kuala Lumpur : Ampang, Setiawangsa, Wangsa Maju, Sentul, Gombak, Cheras, Sri Petaling, Desa Petaling, Bandar Sri Pemaisuri, Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Sungai Besi (Sg. Besi), Kepong,

Selangor : Kajang, Bandar Baru Bangi, Bangi, Bandar Seri Putra, Semenyeh, Sepang, Tanjung Sepet, Banting, Dengkil, Pulau Carey, Teluk Panglima Garang, Jenjarom, Seri Kembangan, Balakong, Puchong, Subang Jaya, Subang, Petaling Jaya, Klang, Perlabuhan Klang, Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam, Puncak Alam, Rawang, Kepong, Serendah, Bukit Beruntung, Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Tanjung Karang, Batang Kali.Selayang, Salak Tinggi, Hulu Langat, Sekinchan, Ayer Tawar, Sungai Besar, Kuala Kubu Baru.

Putrajaya : Seluruh Putrajaya dan Cyberjaya

Negeri Sembilan ; Seremban, Senawang, Rembau, Pedas, Rantau, Port Dickson, Linggi, Tampin, Jelebu, Jempol. Bahau, Kota, Gemas, Gemencheh, Johol, Air Mawang, Nilai, Chembong, Mambau, Sendayan, Ampangan, Seremban Jaya, Seremban 2, Lukut, Kuala Pilah, Tanjing Ipoh, Seri Menanti, Bandar Seri Jempol, Felda Serting Hilir, Simpang Pertang, Kuala Klawang,

Melaka : Alor Gajah, Masjid Tanah, Batang Melaka, Kuala Sungai Baru, Sungai Udang, Durian Tunggal, Selandar, Nyalas, Jasin, Ayer Keroh, Batu Berendam, Bukit Katil, Bukit Beruang, Telok Mas, Tanjung Kling,

Johor : Muar, Batu Pahat, Kluang, Ayer Hitam, Johor Bahru, Simpang Renggam, Pontian, Nusajaya, Tangkak, Skudai, Kulai, Pasir Gudang, Ulu Tiram, Senai, Masai, Tebrau, Bandar Penawar, Pengerang, Ayer Tawar, Kota Tinggi, Yong Peng, Pagoh, Segamat, Bukit Gambir, Gelang Patah.

Pahang : Pekan, Gambang, Muazam Shah, Rompin, Kuala Rompin, Temerloh, Bentong, Jerantut, Raub, Kuala Lipis, Jaya Gading, Mentakab, Balok, Cherating.

Terengganu : Dungun, Kerteh, Kuala Terengganu, Chukai (Cukai), Kijal, Kemasik, Paka, Kuala Berang, Ajil, Marang, Bukit Payong, Setiu, Permaisuri, Besut, Jerteh, Kuala Besut.

Kelantan : Kota Bahru, Tumpat, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Bachok, Kubang Kerian, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang, Ayer Nyalas.

Perak : Teluk Intan, Tanjung Malim, Slim River, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar, Setiawan, Seri Manjung, Lumut, Gopeng, Bota, Batu Gajah, Menglembu, Taiping, Tambun, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Kemuntong, Gerik, Pengkalan Hulu.

Pulau Pinang (Penang) : Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Balik Pulau, Seberang Prai, Butterworth, Batu Feringghi, Pematang Pauh, Perai, Tasek Gelugor, Bayan Lepas, Simpang Empat.

Kedah : Kulim, Sungai Petani, Baling, Sik, Pendang, Guar Chempedak, Jitra, Ayer Hitam, Kuala Kedah, Kepala Batas, Kuala Nerang, Kodiang, Changlun, Bukit Kayu Hitam.

Perlis : Arau, Simpang Empat, Kuala Perlis, Kangar,

serawak:kapit miri bintulu sibu limbang mukah sri aman samarahan kuching lundu sarikei betong setian

sabah:papar penampang pitas kudat ranau sandakan semporna sipitang tambunan tawau tenom keningau tongod tuaran



Monday, 30 July 2018

Kamu sedang di uji








PELBAGAI SIHIR DIZAMAN MODEN YANG PERLU DIKETAHUI...

Walaupun zaman silih berganti dan dunia sudah berada di arus modenisasi, kita tidak boleh menafikan kewujudan sihir dalam kehidupan hari ini.

Segera Dapatkan Rawatan Dari Perawat rahsia selendang Jika Ada Simptom Terkena Sihir…

Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab. Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di Malaysia.

Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, segera berubat dengan perawat (rahsia selendang)

1. Rumahtangga Tidak Harmoni

Sihir disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri. Antara simptom-simptomnya:
– Sering bergaduh atas isu kecil
– Panas baran tanpa sebab
– Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
– Tidak boleh duduk berdua
– Sering prasangka buruk
– Sering mimpi buruk atau mimpi bukan-bukan pasal pasangan
- Bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh
- Sukar mendapat zuriat atau keguguran
- Anak-anak pula terkena tempias NEGATIVE ENERGY menjadi nakal, degil dan tidak beradab

2. Berat Jodoh

Biasanya lebih kerap berlaku daripada ‘ain daripada sihir.

Kesannya:
– Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
– Tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
– Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
– Beberapa kali putus tunang secara mendadak

3. Gangguan Sistem Peranakan

Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun

Simptomnya:
- Penyakit didalam rahim seperti fibroid, cyst, endometriosis dan berkaitan
- Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
- Darah yang keluar tidak normal
- Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan
- Kerap Gugur

4. Pemecah Hubungan Baik/ HASAD

Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan. Boleh jadi sebuah kumpulan perniagaan yang akan memisahkan antara rakan kongsi perniagaan.

Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan hasad dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.

Kesan:
– Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
– Tidak boleh berbincang dengan elok
- Mudah Marah
- Malas
- Mengantuk disiang hari
- Sakit atau lengguh anggota badan

5. Sakit Kronik

Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.

Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
– Muntah darah
– Batuk berterusan/Kerap Demam
– Angin Perut/ Ulcer
– Kanser
– Jantung, Kencing Manis dan Darah Tinggi
- Sesak Nafas/ Dada terasa berat
- Tangan Bergetar (Tremors)
- Pitam/Kerap Sakit Kepala
- Gangguan Tidur (Insomnia)
- Penyakit Kulit Kronik
- Gangguan Keseimbangan (Vertigo)

6. Ilmu Pengasih

Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain

Tanda-tandanya:
– Terlalu obses dengan lelaki / wanita tersebut
– Selalu terbayang-bayang
– Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga

7. Halusinasi/Delusi/Bipolar 1&2/OCD

Sihir untuk membuatkan seseorang gila.

Dengan membuatkan orang tersebut:
– Terbayang-bayang benda yang tidak wujud/Nampak lembaga menakutkan
– Sering mendengar bisikan-bisikan
– Sering merasai dirinya dibenci semua
– Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
– Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia
- Perasaan tidak berharga, mencederakan diri dan bunuh diri
- Sentiasa tercedera atau terlibat dalam kemalangan kenderaan

8. Rezeki

- Pekerjaan atau Perniagaan merosot secara mendadak.
- rakan kerja dan majikan tidak mesra serta menjauhi mangsa
- terasa berat atau lupa untuk beramal seperti solat fardhu, zakat, sedekah
- sentiasa ada halangan atau masalah kesihatan yang tidak dapat diketahui perubatan moden
- tidak ramai kawan atau tabiat memencilkan diri dan kadang kala berkurung dalam bilik

9. Susah Dapat Anak

Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak. Sekiranya mengandung juga, sering gugur atau anak yang dilahirkan bermasalah (Autism, Sindrom Downs dan lain-lain)

10. Tiada Nafsu Ketika Hubungan Kelamin

Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage. Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan atau lemah tenaga batin.

Pada masa yang sama nafsu ada pada Ajnabi atau selain isteri/suami.

Pendek kata SIHIR, HASAD DAN A'IN memudaratkan mangsa dan kualiti kehidupan seharian semakin merosot....

Mangsa juga tidak suka atau sukar berubat dan memerlukan sokongan keluarga dan rakan karib. Elok juga buat solat istikharah atau sekurang-kurangnya amal Al Fatihah sambil berdoa semoga Allah SWT permudahkan untuk berubat.

KENALI SIMPTOM-SIMTOM SIHIR PEMISAH SUAMI ISTERI.
.
1) Kerap sakit belakang, tengkuk urat belikat bahu rasa berat dan sakit
2) Kerap sakit kepala yg berpanjangan dan dahi kepala depan kerap rasa berat
3) Kerap sedawa angin sebu perut
4) Kerap sakit ulu hati sakit dada, rasa mcm tercekik dan kerap sesak nafas
5) Sakit bisa seluruh sendi badan
6) kitaran haid tak normal kadang2 keluar banyak tak henti dan ade juga tiada keluar langsung
7) Kerap sakit perut seperti di hiris senak
8) Sukar dapat zuriat
9) Menjadi marah benci tanpa sebab pada pasangan
10) Tiada nafsu bila bersama pasangan
11) Badan pasangan bau busuk meloyakan
12) Menjadi rindu sayang bila berjauhan dgn pasangan.
13) Cepat sedih dan terasa dan berdebar2 Takut tanpa sebab
14) Fikiran menjadi strees dan tidak menentu
15) Sukar tidur malam dan kerap ternampak kelibat hitam di dalam rumah
16) Menjadi sakit bisa badan bila terdengar ayat suci Al quran
17) Menjadi berat hendak beribadah
18) kerap mimpi pasangan kita curang dgn org lain
19) Kerap mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi bermain budak kecil, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi tempat busuk dan banyak lagi mimpi yg menakutkan
20) perasaan sayang menjadi pudar pada pasangan.
.
CARA ATASI:
• Bersegeralah berjumpa dgn ustaz/perawat islam yg diyakini unwtuk berubat.

.
Semoga post ini dapat membantu golongan yg teraniaya dan yg amat memerlukan pertolongan.

sihir
ganguan makhluk halus
ganguan jin
terkena buatan manusia
pulih rumah
pagar rumah
pagar perniagaan
terkena ilmu hitam
semangat nafsu syahwat
hilang selera makan
angin pasang
penyeri
pelaris
selusuh untuk bersalin
pulih dan kembalikan semangat
kembalikan kebahagian rumah tangga
saka 
saka keturunan
orang hilang
susah zuriat
demam
sawan tangis
susah dapat jodoh
pelembut hati
budak menangis
barang berharga hilang


SILA HUBUNGI SAYA UNTUK
                 
Call ataupun Whatssup
011-4016 9544 pak lang

Lot 677-1B batu 10
Jalan hamzah rahmat,tangga batu,
76300 Sungai udang
Melaka



2.2588830,102.1493820

copy cod gps ini utk memudahkan anda ke tempat perubatan

BAYARAN SEIKHLAS HATI

-AIR MENERAL